Home / Lain - Lain / Zaqhwan kembali perkuatkan Yuzy Racing

Zaqhwan kembali perkuatkan Yuzy Racing

Pasukan Yuzy Racing kembali berjaya mendapatkan bekas juara Zaqhwan Zaidi bagi mewakili pasukan itu dalam saingan Cub Prix musim 2019.

Pemilik pasukan Shahrol Yuzy Ahmad Zaini mengesahkan bekas juara 2014 itu akan kembali bersama pasukannya untuk bersaingan dalam kategori perdana CP150.

Zaqhwan terlepas kalendar perlumbaan Cub Prix musim lalu selepas memberikan tumpuan kepada saingan Kejuaraan Seluruh Jepun Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Setelah melalui kempen mengecewakan sepanjang musim lalu,
Khidmat Zaqhwan ditagih pasukan itu memandangkan pasukan tersebut hanya menamatkan saingan keseluruhan di tangga tercorot musim lalu.