Home / Hoki / YOUNG TIGRESS BAKAL MEMBUAT PENAMPILAN SULUNG DI LIGA HOKI MALAYSIA 2021

YOUNG TIGRESS BAKAL MEMBUAT PENAMPILAN SULUNG DI LIGA HOKI MALAYSIA 2021

Skuad Young Tigress secara rasminya memulakan sesi latihan sebagai persediaan untuk menghadapi kempen Liga Hoki Malaysia (MHL) akan memulakan kempen bermula pertengahan Januari 2021.

Bagi jurulatih A. Kannagi ini merupakan peluang buat pemain-pemain selepas tempat dalam skuad projek kendalian Nasihin Nubli Ibrahim terutamanya buat pemain-pemain muda yang mahu mempamerkan kemampuan mereka di peringkat tertinggi.

Hanya 21 pemain menyertai sesi latihan pertama skuad Young Tigress namun jurulatih A. Kannagi menjangka kehadiran semua pemain akan lengkap menjelang minggu depan.

Sekalipun dibentuk dalam jangka masa singkat jurulatih dan barisan pemain optimis pasukan ini mampu memberikan cabaran.

Badan induk hoki negara (MHC) memilih untuk membentuk skuad Young Tigress selepas hanya ada satu pasukan wanita kendalian Nasihin Nubli Ibrahim yang akan membarisi skuad kebangsaan dan ianya amat penting dalam meneruskan kesinambungan pasukan wanita negara kerana membuka lebih ruang yang besar kepada pemain-pemain muda.

Malah perancangan rapi juga telah diatur sepanjang latihan skuad Young Tigress yang bakal membuat penampilan sulung kempen Liga Hoki Malaysia (MHL) musim 2021 menentang 5 pasukan lain iaitu PKS-UNITEN KPT, PDRM Warriors, Mutiara Impian, Sabah dan UniKL Ladies.