Home / Lain - Lain / YAMAHA SEPANG RACING TEAM RAIH PETAK PERTAMA EWC SIC

YAMAHA SEPANG RACING TEAM RAIH PETAK PERTAMA EWC SIC

Aksi perlumbaan Races Of Malaysia Sepang bagi kejuaraan dunia jentera dua roda (EWC) Sepang 8 hours akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dan tumpuan pastinya terarah kepada aksi cemerlang pasukan negara Yamaha Sepang Racing Team.

Yamaha Sepang Racing Team berjaya meraih petak utama diwakili pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah, pelumba MotoGP Franco Morbidelli serta juara tiga kali Suzuka 8 hours Micheal Van der Mar.

Pasukan Malaysia Yamaha Sepang Racing akan memulakan saingan perlumbaan Kejohanan Dunia Tahan Lasak (FIM) 8 jam Sepang dari kedudukan petak utama di Litar SIC.

Ia susulan kejayaan pelumbanya Franco Morbidelli dari Italy mencatat masa terpantas 2:04.67s untuk berada di hadapan pelumba Thailand daripada Honda Asia Team Racing yang mencatat masa 5:02.44 saat.

Selain Hafizh dan Morbidelli, Micheal Van der Mar berjaya mencatatkan purata masa terbaik 2:04.429s selepas dua sesi kelayakan.

Aksi perlumbaan yang bermula jam 1.00 petang pastikan memberikan cabaran fizikal dan mental.

Sementara itu dalam perlumbaan World Touring Car (WTCR) yang bakal berlangsung di venue yang sama pendahulu kedudukan ketika ini Norbert Michelisz dari pasukan BRC Hyundai N Squadra Corse tidak mahu terlalu tertekan dan akan memberi tumpuan pada setiap selekoh dan menyifatkan litar SIC amat mencabar.

Perlumbaan WTCR terakhir pada musim ini bakal menyaksikan tiga aksi perlumbaan dengan keseluruhan 30 pusingan akan ditempuhi bermula jam 3.15 petang.