Home / Bola Sepak / YAKULT, CEREZO OSAKA DAN TELEVISION OSAKA JALIN KERJASAMA ANJURKAN ASEAN DREAM PROJECT 2019

YAKULT, CEREZO OSAKA DAN TELEVISION OSAKA JALIN KERJASAMA ANJURKAN ASEAN DREAM PROJECT 2019

Gambar : Sportflex Malaysia

Penaja Pasukan Bola Sepak Malaysia (FAM), Yakult (M) Sdn Bhd bersama Kelab Bola Sepak Jepun, Cerezo Osaka dan Stesyen Televisyen Osaka bekerjasama dalam penganjuran Asean Dream Project 2019 yang akan berlangsung di Osaka, Jepun pada pertengahan bulan Ogos 2019.

Program yang bertujuan untuk mencungkil bakat muda dalam bola arena bola sepak ini telah memasuki tahun kedua penganjurannya di mana 5 orang pemain terbaik di Malaysia akan di bawa ke kelab Cerezo Osaka, di Osaka, Jepun bagi menjalani latihan di sana serta memberi peluang kepada remaja terlibat beraksi bersama 10 orang lagi pemain terbaik dari Thailand dan Myammar.

“Ada permintaan dari pemain-pemain Malaysia yang telah beraksi pada tahun lepas untuk program ini di adakan sekali lagi di malaysia, oleh yang demikian kami mengadakan program ini sekali lagi di Malaysia”

“Saya amat berharap agar pemain yang telah tamat menjalani program ini, mereka akan dapat pergi lebih jauh. Mereka juga boleh beraksi di Liga Profesional Jepun, bukan sekadar di Cerezo Osaka sahaja memandangkan ada pencarai bakat yang sering mencarai bakat-bakat terbaik dari Malaysia” ulas Presiden Cerezo Osaka, Hiroaki Morishima.

Sementara itu, Pengarah Urusan , Yakult (M) Sdn Bhd melahirkan rasa gembira dengan penganjuran program ini sambil berharap ianya dapat di manfaatkan oleh remaja-remaja yang ingin menyertainya.
“Kami berasa amat gembira apabila dijemput oleh Cerezo Osaka untuk menjayakan projek ini (Asian Dream Project). Kami juga medoakan bahawa setiap pemain ataupun remaja yang terlibat dalam program ini akan mencapai cita-cita mereka untuk mereka menjadi pemain professional pada masa hadapan.”

“Matlamat projek ini adalah selaras dengan visi dan misi Yakult Malaysia. Oleh yang demikian, kami amat menyokong program-program seumpama ini. Pada tahun lepas, kami telah membantu Hadi Fayyadh untuk menyertai Liga Jepun J(2) di Kelab Fukuyano Okayama, dan untuk projek ini, pemain yang terpilih akan diberikan peluang untuk bermain di Liga Jepun ataupun bermain untuk Kelab Cerezo ini sendiri” ujar Hiroshi Hamada, Pengarah Urusan Yakult (M) Sdn Bhd.

Sebagai rekod, penglibatan Yakult dalam arena sukan bukanlah perkara yang asing lagi. Yakult telah menjadi penaja rasmi bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Institut Sukan Negara (ISN) di mana minuman Yakult telah di iktiraf sebagai minuman rasmi FAM dan juga ISN. Setiap botol Yakult yang terjual akan di sumbangkan 1 sen kepada pembangunan bola sepak negara.