Home / Golf / Westwood Tiada Tandingan – MMO2014

Westwood Tiada Tandingan – MMO2014

Foto Khalid Redza © Asian Tour

Foto Khalid Redza © Asian Tour

Hujan lebat hampir empat jam di Kelab Golf dan Country Kuala Lumpur (KLGCC) gagal menghalang impian Lee Westwood dari England untuk  muncul juara di kejohanan golf Terbuka Malaysia Maybank yang berakhir semalam.

Westwood tenang mengekalkan kedudukan pendahulu yang diraih sejak hari pertama kejohanan untuk memastikan kejuaraan pada pusingan terakhir yang terhenti akibat hujan lebat dan ancaman kilat dengan catatan 18 bawah par 270. Dengan kejayaan itu, Westwood membawa pulang USD 458,330.00 berserta trofi.

Sementara itu wakil Malaysia, Nicholas Fung dan Khor Kheng Hwai berada di tempat ke-47 apabila masing-masing mencatatkan 1 di atas par untuk membawa pulang wang tunai berjumlah USD12,375.00. Galvin Green muncul sebagai pemain Amatur terbaik Malaysia apabila mencatatkan 1 di atas par untuk berkongsi di tempat ke-47.

Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank merupakan kejohanan anjuran Persatuan Golf Malaysia (MGA) dengan kerjasama Jelajah Asia dan Jelajah Eropah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*