Home / Lain - Lain / WELSON SIM RAIH IMBUHAN TERTINGGI KPM

WELSON SIM RAIH IMBUHAN TERTINGGI KPM

Perenang kebangsaan Welson Sim Wee Sheng merupakan penerima imbuhan tertinggi pada majlis penyerahan insentif kemenangan sukan atlet IPT 2019 yang diadakan di Putrajaya.

Welson menerima wang tunai berjumlah RM5,050 atas kejayaannya pada temasya Sukan Universiti ASEAN 2018 di Myanmar.

Dalam penampilan sulong Welson di temasya dwi-tahunan itu perenang olimpik ini berjaya meraih 3 pingat emas, 3 perak dan 1 gangsa.

Atlet kelahiran Sarawak ini juga turut mencipta tiga rekod baru kejohanan dalam acara 100m, 200m, 400m gaya bebas lelaki.

Majlis penyerahan insentif disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Ghazali Abas.

Seramai 218 atlet IPT menerima insentif keseluruhan yang bernilai RM214,000.400.

Insentif itu adalah usaha kementerian dalam memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada atlet IPT yang cemerlang dan aktif mencapai kejayaan sukan di peringkat tertinggi termasuk di temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade) dan kejuaraan universiti dunia (WUC).