Home / Bola Sepak / Wan Kuzain bakal perkuatkan skuad B22 negara ke Sukan SEA Filipina

Wan Kuzain bakal perkuatkan skuad B22 negara ke Sukan SEA Filipina

Skuad B22 negara kendalian Datuk Ong Kim Swee menerima suntikan positif menerusi penyertaan pemain yang berpengkalan di Amerika Syarikat Wan Kuzain Wan Kamal.

Tiba di tanahair semalam Wan Kuzain tidak menunggu lama untuk menyesuaikan diri dan hari ini turut menyertai sesi latihan sebelah petang buat kali pertama.

Bagi Datuk Kim Swee penilaian perlu dilakukannya dalam tempoh seminggu sebelum skuad negara berangkat ke Filipina jumaat ini.

Semestinya wajah penuh teruja kelihatan di raut muka Wan Kuzain Wan Kamal sebelum turun latihan buat kali pertama selaku pemain Malaysia.

Selepas berbincang dengan pengendali Datuk Ong Kim Swee tiga bulan lalu, segalanya menjadi realiti buat dirinya.

Yang pasti penyertaan Wan Kuzain dalam Sukan SEA kali ini memberikan impak besar dalam percaturan yang akan dibuat pengendali Datuk Kim Swee.

Cuma dia perlu segera meneliti kombinasi pemain-pemainnya bersama Wan Kuzain terutamanya selepas penyertaan tujuh pemain dari skuad senior sebelum memuktamadkan 20 nama yang akan membawa Malaysia di Filipina.

Skuad negara akan berlepas ke Manila jumaat ini mempunyai tempoh dua hari untuk menyesuaikan diri sebelum memulakan saingan dalam temasya Sukan SEA 2019 menentang Myanmar pada 25 November nanti.