Home / Golf / #WAITGC – Jagoan Brunei teruskan dominasi di pusingan pertama 2016

#WAITGC – Jagoan Brunei teruskan dominasi di pusingan pertama 2016

Barisan pemain pasukan Mentagal terdiri dari Md Qazzri Fakhri Bin Hj Aslimon, Johari Hj Ahmad, Pengiran Mohammad Musa dan Pengiran Anak Haji Mohammad Basheer bersama En. Saidi Bundan, Pengarah Pembangunan Industri, Tourism Malaysia (3 dari kiri) dan En Mohd Rom Muslim, Presiden GCMAM (4 dari kiri). Gambar © WAITGC

Barisan pemain pasukan Mentingal terdiri dari Md Qazzri Fakhri Bin Hj Aslimon, Johari Hj Ahmad, Pengiran Mohammad Musa dan Pengiran Anak Haji Mohammad Basheer bersama En. Saidi Bundan, Pengarah Pembangunan Industri, Tourism Malaysia (3 dari kiri) dan En Mohd Rom Muslim, Presiden GCMAM (4 dari kiri). Gambar © WAITGC

Johor Bahru, 11 Mac 2016: Pasukan-pasukan dari Brunei Darusslam terus membuktikan kejaguhan dalam Kejohanan Golf Amatur Berpasukan Dunia (WAITGC) 2016 apabila sekali lagi menguasai kedua-dua kategori pertandingan di Johor Bahru, mengulangi pencapaian sama tahun lalu.

Pemain remaja kebangsaan Brunei, Mohamad Qazzri Fakri Aslimun, 19 tahun, mengemudi pasukan Mentingal untuk menjulang kejuaraan gross berpasukan dengan catatan 974 pukulan sepanjang 4 pusingan di Kelab Golf Ponderosa dan Horizon Hills GCC.

Mentingal yang turut di barisi Pengiran Basheer, Pengiran Musa serta Johari mendahului dengan selesa sejak hari pertama, dan akhirnya memastikan kejayaan pertama setelah 3 kali mencuba di WAITGC dengan kelebihan 49 pukulan.

“Kami bersyukur dengan kejayaan ini, dan ianya sangat manis buat pasukan Mentingal setelah kecewa pada penampilan pertama pada 2014, manakala tahun lalu kami hanya berada di tempat kedua kategori gross di Johor” kata Qazzri yang turut muncul selaku pemain terbaik individu dengan 317 pukulan.

Barisan pemain pusingan pertama WAITGC 2016. © WAITGC

Barisan pemain pusingan pertama WAITGC 2016. © WAITGC

Tempat kedua kategori gross menjadi milik Copper Heads dari Australia manakala Koala GC juga dari Australia terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan 1,076 pukulan keseluruhan.

Sementara itu dalam kategori stableford, juara pusingan kelayakan pertama tahun lalu, TenTen dari Brunie berjaya mengekalkan kejuaraan tersebut setelah mengumpul 440 mata.

TenTen yang dibarisi Suhaini, Yussop Daud, Syed Isnizam dan Momin Syawal bagaimanapun diberi tentangan sengit oleh wakil Australia, Donuts sebelum menang dengan kelebihan 8 mata.

Pusingan pertama WAITGC di Johor Bahru yang berlangsung dari 7 Mac hingga 10 Mac 2016 ini disertai 25 pasukan antarabangsa, manakala pusingan kelayakan kedua WAITGC akan berlangsung pada 18 April hingga 21 april 2016 di Kota Kinabalu.

3 pasukan terbaik dari kategori gross dan 2 dari kategori stableford di setiap pusingan kelayakan mara ke grand final WAITGC 2016 yang akan berlangsung di Pulau Langkawi.