Home / Lain - Lain / UNIMAP BAKAL ANJUR KEJOHANAN PIALA DUNIA WOODBALL 2020

UNIMAP BAKAL ANJUR KEJOHANAN PIALA DUNIA WOODBALL 2020

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) kini berada di fasa akhir persiapan bagi penganjuran Kejohanan Piala Dunia Woodball 2020.

Kejohanan itu dijangka berlangsung pada 24 hingga 30 Julai 2021 selepas ia ditangguhkan susulan pandemik Covid-19 yang masih belum reda menyaksikan 24 negara mengesahkan penyertaan dalam kejohanan ke-9 itu nanti.

Persiapan akhir ini termasuklah memperkemaskan kesemua 36 lapangan permainan yang telah pun siap sepenuhnya di kampus induk UniMAP di Kangar menjadikan ia venue paling lengkap bagi sukan Woodball di negara ini.

Antara negara yang telah mengesahkan penyertaan ialah juara bertahan Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Taiwan.

Dalam pada itu Naib Canselor UniMAP Professor Ir Ts Dr R. Badlishah Ahmad mengakui perancangan rapi persediaan sedang rancak bagi membolehkan kejohanan ini berjalan dengan lancar meskipun ketika ini negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Penganjuran WCWC 2020 akan menggunapakai nama yang sama meskipun ia akan dilangsungkan pada tahun hadapan.

Kejohanan julung kali yang akan diadakan di Perlis itu akan melibatkan lima venue antara Institut Perguruan Pauh Putra dan UiTM cawangan Arau.

Ia akan digunakan pada kejohanan seperti Terbuka Malaysia, Terbuka Perlis dan Kejohanan Universiti Dunia yang akan diadakan sebelum WCWC 2020.