Home / Lain - Lain / UNESCO IKTIRAF SENI SILAT SEBAGAI WARISAN MILI MALAYSIA

UNESCO IKTIRAF SENI SILAT SEBAGAI WARISAN MILI MALAYSIA

Misi mengangkat sukan silat ke Sukan Olimpik tahun 2032 semakin lancar selepas Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Bangsa Bangsa bersatu (UNESCO) mengiktiraf seni bela diri berkenaan sebagai warisan budaya milik Malaysia tahun lalu.

Bagi Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) sukan ini telah pun memenuhi semua kriteria dengan sehingga kini sudah 90 buah negara menerimanya.

Syarat utama untuk silat menembusi peringkat Olimpik adalah seni bela diri perlu sekurang-kurangnya dimainkan di lima benua serta diterima sekurang-kurangnya di 65 buah negara.

“Kita telah merangka satu Road Map ke Olimpik dan merancang pada 2024 sebagai sukan demontrasi di Sukan Olimpik Perancis.

Perkara ini telah dibincangkan di peringkat jawatankuasa Olimpik dunia (IOC) dengan mendapat respon yang positif. 2028 kita akan cuba untuk dimasukkan sebagai acara rasmi di Sukan Olimpik”, ujar Datuk Megat Zulkarnain Omardin Setiausaha Agung PESAKA Malaysia.

PESAKA akan bekerja sama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjadikan sukan silat sebagai sukan wajib kurikulum di setiap sekolah.

Tambahnya setakat ini 434 perguruan silat yang berdaftar di bawah Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dengan penglibatan lebih 4 juta ahli di seluruh Malaysia.