Home / Badminton / Tugas sukar menanti pasukan Badminton negara

Tugas sukar menanti pasukan Badminton negara

Bekas pengarah teknikal BAM menyifatkan Malaysia berhadapan tugas sukar untuk meraih sebarang pingat acara badminton pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 berdasarkan prestasi semasa atlet mereka

Morten Frost Hanson bagaimana pun berkata ianya bukanlah sesuatu yang mustahil jika para atlet berjaya meningkatkan prestasi mereka dalam tempoh 18 bulan sebelum menjelangnya temasya itu.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedar, tahun 2019 adalah tempoh paling kritikal untuk melahirkan pemain yang mampu bergelar juara, terutama ketika kesihatan bekas pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei masih tidak menentu.

Badminton melakar pencapaian terbaik dalam Sukan Olimpik Rio 2016 dengan menyumbang tiga perak menerusi Chong Wei, Goh V Shem-Tan Wee Kiong serta Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.