Home / Lain - Lain / Trio memanah negara buat Pusingan U

Trio memanah negara buat Pusingan U

Trio memanah compound lelaki negara Mohd Juwaidi Mazuki, Zulfadhli Ruslan dan Lee Kin Lip tarik balik keputusan untuk tinggalkan skuad kebangsaan.

Mereka membuat pusingan U selepas berpuas hati dengan penjelasan daripada Majlis Sukan Negara mengenai kontrak mereka.

Sebelum ini tiga atlet itu difahamkan bertindak sedemikian kerana tidak puas hati dengan pentadbiran MSN yang membuat potongan elaun daripada RM3,000 kepada RM500 sebulan dan RM2,000 kepada RM500 yang dirasakan tidak wajar terhadap komitmen yang diberikan mereka.

Juwaidi yang menghadiahkan pingat gangsa pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dalam acara berpasukan dianggap sebagai kapten terlebih dahulu mengambil keputusan drastik dengan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada MSN.