Home / Golf / TREVOR SIMSBY JUARAI KEJOHANAN GOLF TERBUKA MALAYSIA 2020

TREVOR SIMSBY JUARAI KEJOHANAN GOLF TERBUKA MALAYSIA 2020

Trevor Simsby Juara Bandar Malaysia Open 2020

Pemain Amerika Syarikat Trevor Simsby melakar kejuaraan pertamanya dalam saingan Jelajah Asia selepas mengungguli Kejohanan Golf Terbuka Malaysia 2020.

Kejayaan Simsby tidak datang dengan mudah dengan dipaksa bermain dua pukulan playoff sebelum birdie dilakar pada playoff kedua memastikan gelaran juara menjadi miliknya sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD180,000 serta trofi kejuaraan.

Tumpuan awal hari terakhir lebih terarah kepada aksi pemain tempatan yang turun menyambung perlawanan pusingan ketiga yang ditunda semalam.

Ben Leong sekadar bermain par 72 pukulan selepas 2 birdie yang dilakukan kembali dibayangi 2 pukulan boogie membolehkan beliau mencatat kedudukan 4 dibawah par keseluruhan.

Pemain veteran Danny Chia pula agak kurang konsisten walaupun berjaya mencatat eagles lubang ketujuh kedudukannya tercalar dengan 6 boogie menamatkan aksi dengan 2 dibawah par.

Amir Nazrin | Malaysia

Turut berkongsi catatan sama Nicholas Fung yang bangkit mencatat 1 dibawah par untuk keseluruhan 2 dibawah par bersama Jeremiah Kim yang sekadar bermain par 72 pukulan.

Paling cemerlang dua pemain muda Amin Nazrin Jalani dan Shahriffudin Ariffin. Eagles lubang 1 membantu Amin menamatkan aksi dengan mencatatkan 70 pukulan 2 dibawah par 5 dibawah par keseluruhan.

Manakala Shahriffudin mencatatkan 5 birdie menamatkan saingan dengan catatan sama 5 dibawah par keseluruhan.

Dalam saingan utama pertarungan sengit sejak dari awal apabila beberapa pemain saling bertukar kedudukan dengan pendahulu Andrew Dodt berjaya mengekalkan kedudukan teratas.

Sehinggalah pada lubang ke-15 double-boogie yang dialami Dodt menyaksikan 3 pemain berkongsi catatan 13 dibawah par tamat kesemua 54 lubang yang dipertandingkan.

Dodt, Jarin Todd dan Trevor Simsby kembali ke lubang 18 untuk penentuan playoff sebelum Todd tersingkir selepas Dodt dan Simsby berjaya merakam catatan birdie.

Playoff kedua menyaksikan pukulan bertenaga Simsby berjaya meletakkannya pada kedudukan terbaik sebaliknya agar sukar buat Dodt untuk mencatat birdie.

Dengan kegagalan Dodt Simsby memanfaatkan kelebihan tenang melakukan pukulan untuk meraih gelaran juara Terbuka Malaysia kali ke-55.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Simsby ceria membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD180,000 .