Home / Lain - Lain / TOUR DE SELANGOR 2019 : TSG TAMATKAN PESTA PENGUASAAN SAPURA TSC

TOUR DE SELANGOR 2019 : TSG TAMATKAN PESTA PENGUASAAN SAPURA TSC

TSG menamatkan pesta pasukan Sapura TSC apabila mengungguli penamat peringkat terakhir Tour de Selangor di Dataran Shah Alam.

Lebih sensasi TSG berjaya melakar penamat 1-2 selepas abang kepada Harrif, Zambri Salleh muncul pemenang tempat kedua.

Peringkat perlumbaan hari ini laluan asal disingkatkan dari 108.5km kepada 87.7km dilepaskan di Bukit Raja.

Seperti dijangka perlumbaan berlangsung pantas dengan laluan landai dengan tiga pelumba membuat pecahan sebelum Benedict Hendric berkayuh secara solo.

Namun kedudukan pendahulu kembali bertukar sebelum Mohd Saiful Adlan Shukri menguasai zon bukit di Puncak Perdana.

Bagaimanapun menuju zon pecut 1 di Dataran Shah Alam dua pelumba Aiman Cahyardi dan Zawawi Azman bekerjasama untuk mendahului persaingan..

Enam pusingan di sekitar bandaraya Shah Alam Aiman dan Zawawi terus memimpin perlumbaan dengan memastikan pecutan kedua menjadi milik Zawawi.

Namun berbaki satu pusingan kumpulan pendahulu berjaya ditangkap menyaksikan henjutan beramai-ramai menuju penamat.

Nyata pengalaman memainkan peranan penting apabila pelumba TSG Mohd Harrif Salleh berjaya meloloskan diri untuk bergelar juara sambil diiringi abangnya Zambri Salleh di tempat kedua sekaligus menamatkan pesta empat peringkat pasukan Sapura.

Kejayaan Harrif bagaimana pun tidak menyekat penguasaan Marcus Culey selaku juara keseluruhan Tour de Selangor.

Culey turut ceria meraih gelaran Raja Pecut dan Raja Bukit dan ia turut membantu pasukannya Sapura untuk bergelar juara kategori berpasukan yang merupakan permulaan terbaik bagi musim 2020.

Sejarah tersendiri dicipta dalam saingan Tour de Selangor 2019 apabila Marcus Culey sejak awal peringkat cukup menceritakan kemeriahan edisi perlumbaan.

Marcus Culey mencipta sensasi tersendiri dengan mengungguli peringkat pertama di Batang Kali, kelibat Culey terus menjadi perhatian selepas turut muncul peringkat kedua di Kajang.

Kayuhan bertenaga Culey tidak terhenti di situ apabila beliau berjaya menawan pendakian di Bukit Jugra.

Kejayaan Culey di peringkat keempat di Sungai Besar bagai terus menutup persaingan dengan pelumba kelahiran Sydney Australia itu gah bergelar Raja Pecut dan Raja Bukit.

Culey akhirnya disahkan sebagai juara keseluruhan sebaik peringkat kelima di Dataran Shah Alam selesai walaupun dibayangi kejayaan pelumba TSG Mohd Harrif Salleh.