Home / Lain - Lain / TOUR DE SELANGOR 2019 GAMIT PENYERTAAN PASUKAN TERBAIK ASIA

TOUR DE SELANGOR 2019 GAMIT PENYERTAAN PASUKAN TERBAIK ASIA

Tampil sebagai perlumbaan pembuka musim 2020 di Malaysia semestinya banyak kelainan ditonjolkan penganjur perlumbaan Tour de Selangor selain membuka ruang buat pelumba-pelumba tempatan untuk menimba pengalaman dalam perlumbaan dibawah kategori 2.2 UCI.

Kehadiran pelumba-pelumba utama negara pasti menambah persaingan sengit terutama menerusi penyertaan dua pasukan terbaik Asia Terengganu Cycling TSG dan Sapura Cycling TSC.

Paling menarik kelibat pelumba MotoGP negara Hafidz Syahrin Abdullah dijangka akan turut mengambil bahagian bersama salah sebuah pasukan kelab tempatan.

Selain Hafidz Syahrin antara yang sudah mengesahkan penyertaan adalah juara bertahan Zawawi Azman dari pasukan Sapura dan pastinya persaingan sengit bakal disajikan dua pasukan utama negara Sapura dan Terengganu Cycling selepas musim 2019 TSG muncul pasukan terbaik Asia.

Penganjur turut mengumumkan kedatangan penaja penting Subaru yang akan menjadikan 25 kereta pelbagai guna yang terdiri daripada Forester XV disamping penaja minum bertenaga Forca yang kekal sebagai penaja dan pernah menaja pasukan bertarah benua pada tahun 2018.

Sebanyak 20 telah dimuktamadkan penganjur dengan perlumbaan yang membabitkan 5 peringkat perlumbaan sejauh 679.2 km.

Edisi kedua Tour de Selangor akan bermula pada 18 hingga 22 Disember nanti.