Home / Bola Sepak / Tottenham Hotspur benam Malaysia

Tottenham Hotspur benam Malaysia

DSC_6417

SHAH ALAM : Penyerang sensasi, Harry Kane menjaringkan dua gol membantu Tottenham Hotspur menewaskan Pilihan Malaysia 2-1 dalam aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, malam ini. Dua gol penyerang muda England itu hadir pada minit ke-18 dan 43 dalam perlawanan yang disaksikan hampir 28,000 penonton. Apa pun, Malaysia berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-32 menerusi pemain import, Thiago Juninho tetapi gol itu gagal mengubah cabaran anak didik Dollah Salleh yang terpaksa akur dengan kehebatan kelab Inggeris itu.

SAH_4222

purs yang membuat kemunculan pertama ke Malaysia sejak 1979 akan menentang kelab Sydney FC di Australia, Sabtu ini. Kane jelas tidak menunjukkan tanda keletihan selepas beraksi dalam 51 perlawanan bersama kelab, musim ini, termasuk Liga Perdana Inggeris. Pemain berusia 21 tahun itu terus mengasak sebaik wisel permulaan apabila merembat terus ke dakapan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang turut berjaya menepis usaha daripada Andros Townsend lima minit kemudian. Tottenham akhirnya berjaya mendahului pada minit ke-18 selepas Kane merembat masuk bola yang terdahulu terkena tiang hasil usaha daripada Tom Carroll.

SAH_4698

Namun, pasukan tuan rumah meningkatkan usaha menyaingi barisan lebih tersohor itu dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-32 apabila Thiago Juninho melonjak menanduk masuk mengatasi Danny Rose menewaskan penjaga gol, Hugo Lloris. Namun, Kane pantas bertindak meledak masuk gol kedua Spurs pada minit ke-43 selepas menyudahkan gerakan licin membabitkan dia, Thomas Carroll dan Christian Eriksen.

SAH_4155

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*