Home / Badminton / TOP GLOVE TERAPKAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT DI KALANGAN PEKERJA

TOP GLOVE TERAPKAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT DI KALANGAN PEKERJA

Bagi memberi gaya hidup sihat kepada pekerja dan keluarga syarikat pengeluar sarung tangan tempatan Top Glove Corperation Berhad telah menaja program latihan badminton untuk meningkatkan kecergasan pekerja.

Usaha ini telah dimulakan sejak Mac lalu bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan semasa rakan sekerja dan keluarga, ia juga merupakan salah satu usaha untuk memerangi masalah mental di kalangan pekerja yang secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti syarikat.

Pengerusi Top Glove Tan Sri Dr Lim Wee Chai melihat badminton sebagai alternatif menggalakkan pekerja menjalani gaya hidup sihat.

Program latihan dua kali seminggu ini diadakan dengan kerjasama Akademik Duo Sparks dan penaja barangan Protex Sports Sdn Bhd.

Malah syarikat Top Glove turut menyertai kejohanan badminton Corporate Purple League 2019 dan bersama muncul sebagai naib juara.