Home / Hoki / TNB LIGA HOKI MALAYSIA 2020 : UniKL rampas takhta liga

TNB LIGA HOKI MALAYSIA 2020 : UniKL rampas takhta liga

Empat perlawanan yang berlangsung hari ini menyaksikan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) muncul pendahulu baru selepas tamat perlawanan keenam.

Juara Piala Sumbangsih itu berjaya mencatat kemenangan keenam berturut-turut selepas menewaskan Maybank 4-2.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Tengku Abdullah UniKL mendahului 2-0 pada suku pertama menerusi jaringan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil pada minit ke-12 dan Zulafiq Mohammad pada minit ke-17.

Maybank berjaya merapatkan kedudukan 2-1 pada minit ke-38 menerusi pukulan sudut penalti Mior Mohammad Azuan Hassan.

Sedang pelawat mampu bangkit di saat akhir, pakar pukul sudut negara Radzi Rahim mencetak gol ketiga UniKL pada minit ke-47.

Namun kelebihan 2 jaringan itu tidak kekal lama apabila Maybank sekali lagi merapatkan kedudukan 3-2 pada minit ke-49 menerusi pukulan sudut penalti Mohd Norasraf Ishak.

UniKL berjaya menambah gol keempat menerusi jaringan padang pemain import sekaligus melakar kemenangan 4-2 keatas Maybank.

Sementara pesaingan utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) terlepas 3 mata penuh selepas terikat 1-1 menentang Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Perlawanan yang berlangsung di padang 1 Stadium Hoki Bukit Jalil TNB terpaksa bangkit sebelum diikat 1-1 menentang UiTM.

TNB ketinggalan 1-0 pada minit ke-19 menerusi jaringan Mohd Lukman Hakim Mohd Asri TNB berjaya menyamakan kedudukan pada suku ketiga menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Mohd Aminuddin Mohd Zaid pada minit ke-39.

Bersambung pada suku keempat TNB yang dibimbing oleh Nor Saiful Zaini Nasiruddin kembali garang mengasak.

Namun peluang terhidang menerusi pukulan sudut penalti terus gagal menembusi gawang UiTM yang dikawal oleh penjaga gol hoki dalam dewan negara.

Kekal masa perlawanan tamat 1-1 TNB terlepas gelaran pendahulu selepas gagal merekod kemenangan keenam berturut-turut dan kini sekadar berpuashati di kedudukan kedua dengan 16 mata

Dalam satu lagi perlawanan Nurinsafi turut berdepan nasib yang sama apabila mencatatkan keputusan seri 3-3 menentang TNB Thunderbolts.