Home / Bola Sepak / TIGA PASUKAN BERDEPAN PENYINGKIRAN MENJELANG SAINGAN LIGA MALAYSIA 2020

TIGA PASUKAN BERDEPAN PENYINGKIRAN MENJELANG SAINGAN LIGA MALAYSIA 2020

Tiga pasukan berdepan penyingkiran selepas gagal melunaskan gaji pemain masing-masing.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam ketiga-tiga pasukan itu sudah menerima surat amaran pertama.

Surat amaran pertama menjelaskan mana-mana dari tiga pasukan itu gagal melunaskan tunggakan gaji pemain selewat-lewatnya 31 Januari ini pasukan terbabit akan dipotong 3 mata dalam saingan Liga Malaysia 2020.

Seandainya masih gagal sehingga 28 Februari ini pasukan berkenaan akan dipotong 3 lagi mata.

Sekiranya pasukan masih terus berdegil pasukan itu akan disingkirkan terus dari Liga Malaysia 30 Mac depan.

Dalam perkembangan lain Stuart mempertahankan tindakan FAM yang masih belum membuat keputusan mengenai kes diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah.

Kes yang dilaporkan ada kaitan dengan Akhyar Rashid itu masih berada dalam siasatan Jawatankuasa Rayuan dan akan diselesaikan bulan hadapan.

Debaran dan kehangatan saingan Liga Malaysia 2020 terus dirasai semua pasukan bertanding.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berjaya musim ini akan menjadi lebih rancak dan lebih tersusun seiring dengan program kawalan ekonomi (ECP) yang pertama kali dilaksanakan tahun ini.

Ini merupakan permulaan yang baik apabila pasukan-pasukan mula menghantar unjuran bajet mengikut SOP dan kejayaan akan dipantau selepas dua atau tiga tahun.

Dalam majlis pelancaran Liga Malaysia 2020 sebanyak 12 pasukan masing-masing dari Liga Super dan Liga Premier akan berentap merebut gelaran Juara Liga Super, Juara Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia.

Bagi saingan Piala Sumbangsih pula gelaran juara akan ditentukan diantara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kedah di Stadium Sultan Ibrahim pada 28 Februari ini.