Home / Badminton / TIADA WAKIL BAGI KATEGORI PERSEORANG WANITA KE KEJOHANAN BADMINTON MALAYSIA MASTERS 2020

TIADA WAKIL BAGI KATEGORI PERSEORANG WANITA KE KEJOHANAN BADMINTON MALAYSIA MASTERS 2020

Selepas diumumkan sebagai pengganti rakan sepelatih Soniia Cheah yang mengalami kecederaan untuk beraksi dalam kejohanan Badminton Malaysia Masters, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terpaksa menerima hakikat Goh Jin Wei belum bersedia sepenuhnya menyertai saingan kompetitif.

BAM mengambil keputusan menggugurkan Jin Wei yang memerlukan tempuh masa yang lebih lama untuk pulih dan ini bermakna tiada wakil negara dalam acara perseorangan wanita pada saingan Malaysia Masters kali ini.

Barisan kejurulatihan berpendapat pemain berusia 19 tahun ini perlu memulihkan kecergasan di tahap maksima.

Bermakna dengan ketiadaan Jin Wei Malaysia langsung tidak mempunyai wakil dalam saingan kategori wanita walaupun di pusingan kelayakan.

Khamis lalu BAM memutuskan Jin Wei sebagai pengganti Soniia Cheah yang mengalami kecederaan.

Bagaimanapun keputusan berkenaan terpaksa diambil demi memastikan Jin Wei pulih 100% sebelum kembali meneruskan karier badmintonnya.

Berdasarkan undian pusingan kelayakan Jin Wei sepatutnya menentang pemain Perancis.

Pada perkembangan lain pemain beregu lelaki kebangsaan Teoh EE Yi mengakui masih terkejut apabila disingkirkan BAM jumaat lalu daripada Projek 24 iaitu kumpulan pemain untuk menghadapi Piala Thomas dan Sukan Olimpik.

Namun itu bukan alasan untuk merasakan patah semangat sebaliknya dia yang berpasangan dengan Ong Yu Sin akan terus fokus dengan misi utama untuk mengumpul mata bagi melayakkkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Penyingkiran Yu Sin dan Ee Yi disifatkan mengejut walaupun gandingan itu menutup tahun 2019 dengan baik di tangga ke-19 dunia.

Namun mengimbas rekod mereka yang sering tersingkir awal di pusingan pertama di beberapa siri jelajah BWF tahun lalu maka tidak hairanlah BAM membuat langkah drastik itu sekaligus memberi amaran kepada pemain lain untuk menggandakan usaha.