Gambar oleh : Shazli Shamsuddin
SEPANG, 27 Feb 2013 : Ketiadaan Marq Marquez tidak memberi impak kepada pasukan Repsol Honda apabila Dani Pedrosa mencatatkan keputusan terpantas dengan catatan 2.00.039 pada hari kedua Sessi Ujian Kedua MotoGP di Litar Sepang semalam.
Masa yang dicatat Pedrosa adalah merupakan masa terpantas pernah beliau catatkan di Litar Sepang (masa terpantas Pedrosa sebelum ini adalah 2.00.233). Masa terpantas untuk Litar Sepang masih dipegang oleh Juara Dunia, Marq Marquez yang mencatatkan kepantasan 1.59.533. Pasukan Repsol Honda turut mengesahkan bahawa Mrq Marquez akan terus diketepikan kerana kecederaan beliau sehingga ke perlumbaan pembukaan MotoGP 2014 di Qatar.
Manakala prestasi cemerlang pelumba dari NGM Mobile Forward Racing, Aleix Espargaro masih diteruskan apabila beliau berjaya mencatatkan kepantasan 2.00.320.
Alvaro Bautista pula jatuh pada kedudukan ketiga. Walaupun mencatatkan kepantasan yang lebih baik berbanding hari pertama, masa 2.00.500 yang dicatatkan gagal menyaingi Pedrosa dan Espargaro.
Valentino Rossi pula kekal pada kedudukan keempat dengan mencatatkan masa 2.00.605. Namun rakan sepasukan Rossi di Pasukan Factory Yamaha Racing, Jorge Lorenzo pula hanya menamatkan ujian hari kedua pada kedudukan kesembilan.