Home / Bola Sepak / TELEKOM MALAYSIA MEMATERI PERJANJIAN 3 TAHUN PENAJA RASMI UTAMA LIGA MALAYSIA

TELEKOM MALAYSIA MEMATERI PERJANJIAN 3 TAHUN PENAJA RASMI UTAMA LIGA MALAYSIA

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memeteri perjanjian kerjasama bersama Telekom Malaysia (TM) sebagai penaja utama Liga Malaysia bagi musim 2020/2022.

Perjanjian untuk tempoh 3 tahun ini membantu meningkatkan usaha pembangunan sukan bola sepak Malaysia selain memberi nilai tambah bagi pasukan yang beraksi dalam liga tempatan.

Majlis menandatangi perjanjian itu diwakili pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL Dato; Ab Ghani Hassan dan Ketua Eksekutif TM Multimedia Moharmustaqeem Mohammed dan disaksikan oleh presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin.

TM akan menjadi penaja utama bagi saingan utama Liga Malaysia dan sebagai penaja bersama untuk Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Cabaran.

Kontrak perjanjian sebagai penaja utama selama tiga tahun itu merangkumi hak penyiaran ekslusif, mudah alih dan penstriman secara online bagi menonton Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia di semua platform Unifi TV.

Dalam pada itu Datuk Hamidin menyambut baik kerjasama ini dengan reputasi besar TM sebagai syarikat telekomunikasi terkemuka negara dan dapat membantu komersial liga dan juga pemangkin menyatukan rakyat Malaysia.

Biarpun pihak MFL dan FAM tidak mengumumkan nilai tajaan 3 tahun ini bagi menghormati syarat bersama