Home / Golf / Tarian Naga, hangatkan sambutan Tahun Baru Cina di Kota Permai.

Tarian Naga, hangatkan sambutan Tahun Baru Cina di Kota Permai.

DSC_1230-1

Persembahan Tarian Naga di Kelab Bandar Botanic. ©kotapermai

KOTA PERMAI,  21 Februari 2016 : Sempena meraikan kedatangan Tahun Baru Cina, pengurusan Kelab Golf Kota Permai telah mengadakan persembahan Tarian Naga, di Kelab Golf Kota Permai yang dihadiri oleh ahli kelab, kakitangan, kaum keluarga dan orang ramai pada minggu lalu.

Senada dengan bunyian gendang, gong dan mercun, kehadiran Tahun Monyet kali ini dimeriahkan dengan persembahan akrobatik tarian naga pada hari ketujuh sambutan Tahun Baru oleh kumpulan tarian naga Kwing Ngai yang memukau para penonton yang hadir.

Sebagai tanda memohon keberkatan di Tahun Baru, sebanyak 4 jajaran mercun digantung dan dibakar ketika persembahan tarian naga yang turut mempersembahkan hidangan berisi nanas dan buah limau kepada Pengurus Besar Kumpulan Gamuda Land Clubs, Encik Tang Meng Loon dan Pengurus Kanan Gamuda Land Clubs, Ms. Sheren Yong.

‘Acara persembahan tarian naga ini telah menjadi tradisi kelab dan kami telah memasukkan acara ini di dalam kalendar kelab kami. Ianya merupakan satu acara yang dapat menyatukan semua ahli-ahli kami tanpa mengira kaum.’ – ujar En Tang Meng Loon.

Dalam majlis yang sama, pihak pengurusan Kelab Golf Kota Permai juga tidak melepaskan peluang ini untuk memberi ‘angpau’ dan jamuan ringan kepada tetamu yang hadir.

Sumber : Kelab Golf Kota Permai.