Home / Lain - Lain / Syed Saddiq gantung sementara acara angkat berat SUKMA Johor 2020

Syed Saddiq gantung sementara acara angkat berat SUKMA Johor 2020

Menteri Belia dan Sukan menggantung sementara acara angkat berat daripada dipertandingkan pada SUKMA Johor 2020.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan maklumat terbaru diperolehi daripada Persatuan Angkat Berat Malaysia.

Ini bagi memastikan kes doping membabitkan sukan angkat berat tidak berulang.

Skuad angkat berat negara telah terlibat dengan 3 kes doping sebelum ini termasuk pada Sukan Komanwel 2018 di Australia.