Home / Lain - Lain / SYED AKMAL DAN NUR AIH RAIH ANUGERAH OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI UiTM

SYED AKMAL DAN NUR AIH RAIH ANUGERAH OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI UiTM

Atlet Petanque Syed Akmal Fitri dan atlet boling padang Nur Ain Nadiah dipilih selaku Olahragawan dan Olahragawati Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2019.

Kedua-dua atlet berkenaan meraih anugerah utama itu selepas cemerlang membantu negara memenangi pingat emas di Sukan SEA Filipina tahun lalu.

Berbeza dengan Anugerah Sukan UiTM sebelum ini majlis kali ini diadakan secara ringkas namun tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Disiarkan secara langsung di You Tube UiTM Channel Syed Akmal yang tersenarai bersama enam lagi calon meraih Anugerah Olahragawan UiTM 2019 selepas cemerlang membantu skuad petanque lelaki negara memenangi pingat emas dalam acara Triple di Sukan SEA di Filipina Disember tahun lalu.

Anugerah Olahragawati pula menjadi milik atlet boling padang wanita negara Nur Ain Nabilah yang turut meraih kejayaan di Sukan SEA Filipina apabila meraih emas dalam acara Women Fours.

Selain trofi Syed Akmal Fitri dan Nur Ain Nabilah turut membawa pulang sijil dan wang tunai RM1,500.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Naib Canselor UiTM Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim.