Home / Bola Sepak / Sumareh kini berstatus pemain tempatan

Sumareh kini berstatus pemain tempatan

Aksi awal Sumareh dalam kancah Liga Malaysia bersama PDRM FA sekitar 2013-2015

Pemain naturalisasi negara Mohamadou Sumareh kini bergelar pemain tempatan. Liga Bola Sepak Malaysia meluluskan permohonan rayuan skuad Pahang untuk daftarkan pemain kelahiran Gambia itu sebagai pemain tempatan dalam jendela perpindahan pertama musim ini.

Keputusan itu dibuat Lembaga Pengarah MFL selepas adakan satu perbincangan teliti selain mengambilkira sumbangannya ketika membantu skuad kebangsaan ke pentas akhir Piala AFF 2018.