Home / Lain - Lain / SUKAN PARA ASEAN FILIPINA 2020 BERKEMUNGKINAN DITUNDA

SUKAN PARA ASEAN FILIPINA 2020 BERKEMUNGKINAN DITUNDA

Temasya PARA ASEAN Filipina 2020 yang dijadualkan berlangsung pada pertengahan Januari berkemungkinan besar ditunda.

Presiden jawatankuasa paralimpik Filipina Micheal Bredo dan Pesuruhjaya Sukan Arnold Agustin menerusi laporan media tempatan menjelaskan proses kelulusan peruntukan menjadi faktor penundaan temasya edisi ke-10 ini.

Portal sukan 247.my memetik kelulusan bajet bagi penganjuran Sukan Para Asean di Filipina hanya akan dikeluarkan pada awal tahun depan.

Pesuruhjaya Sukan Filipina menjangkakan perbelanjaan sekitar 100j peso bagi penganjuran Sukan Para Asean.

Namun perbelanjaan dijangka meningkat diantara 300j peso ke 500j peso kerana melibatkan pembelian peralatan untuk pertandingan dan perbelanjaan pegawai-pegawai teknikal.

Justeru ada cadangan bagi meminda Sukan Para Asean untuk dilangsungkan pada bulan Mac 2020 dan ini akan memberi tempoh masa yang mencukupi untuk Jawatankuasa Penganjur melakukan persiapan dengan sebaiknya.

Bagi penganjuran Sukan Para Asean Filipina Majlis Paralimpik Filipina (PPC) menetapkan 16 sukan antaranya memanah, olahraga, badminton, bocca, chess, berbasikal, bola sepak, judo, powerlifting dan Goldball.

Sukan berhalangan juga dimasukkan tetapi dijadikan sebagai sukan pertunjukkan sahaja.