Home / Lain - Lain / SUKAN MALAYSIA (SUKMA JOHOR 2020) : PABM LAUNGKAN AMARAN KEPADA PERSATUAN ANGKAT BERAT NEGERI

SUKAN MALAYSIA (SUKMA JOHOR 2020) : PABM LAUNGKAN AMARAN KEPADA PERSATUAN ANGKAT BERAT NEGERI

Menjelang temasya Sukan Malaysia 2020 Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) melaungkan amaran kepada kontinjen persatuan angkat berat negeri akan berdepan digantung sekiranya atlet mereka gagal dalam ujian.

Ujian dijalankan dan diselia Persatuan Angkat Berat Malaysia sekurang-kurangnya dua bulan sebelum Sukma Johor membuka tirainya Julai nanti.

PABM memutuskan untuk mengetatkan syarat tesebut pada mesyuarat agung PABM 20 Disember lalu bagi memastikan tiada lagi atlet negeri yang gagal ujian doping seperti yang berlaku sebelum.

Dalam pada masa yang sama persiapan Sukma Johor kian terasa apabila kesemua gelanggang pertandingan dan kemudahan yang berada dalam fasa pembinaan dan baikpulih berjalan lancar menjelang penganjurannya Julai ini.

Dengan kerja-kerja pembinaan sudah pun memasuki angka 80% dengan kerja-kerja pembinaan sudah pun memasuki angka 80% persiapan yang memasuki fasa akhir ketika ini dijangka siap sepenuhnya April nanti.

Kerajaan Negeri bersama-sama Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) dan Perbadanan Stadium akan memantau kerja-kerja pembinaan bagi memastikan penganjuran terbaik bagi Sukma 2020.