Home / Bola Sepak / Stylo Mylo Juara Piala Dato Soh Chin Aun 2015

Stylo Mylo Juara Piala Dato Soh Chin Aun 2015

SAH_5246

MELAKA  19 April 2015  : Piala Dato Soh Chin Aun Bawah 12 tahun kembali dianjurkan buat kali yang ke 4 yang memaparkan aksi-aksi bertenaga, rancak dan pantas a yang dipersembahkan oleh 32 pasukan yang bertanding pada Kejohanan Bola Sepak Samba 7 Sebelah Bawah 12 Tahun Piala Datuk Soh Chin Aun yang berlangsung di Padang rotunda Malacca Club.

Saingan menyaksikan pasukan Stylo Mylo dari Johor muncul juara di pentas final.

Kejohanan anjuran bersama Sport Unite, Kelab Bola Sepak Bekas Pemain Melaka dan Malacca Club dengan kerjasama Yakeb, MSN , Milo , Revive dan Figos Malaysia dan Airgoal ini antara lain bertujuan memberi ruang kepada setiap pemain mendedahkan bakat dan kemahiran masing-masing.

Setiausaha program, Tan Chin Yang, berkata program dianjurkan itu secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum dan memperkasakan semangat 1Malaysia melalui aktiviti sukan. Beliau berharap pada masa akan datang lebih banyak lagi penyertaan pasukan-pasukan dari seluruh malaysia akan dapat direalisasikan.

Hadiah disampaikan oleh legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun di samping kehadirang wakil-wakil dari kumpulan Sport Unite, Pegawai YAKEP dan Figos Malaysia,

SAH_5364

 

SAH_5806

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*