Home / Bola Sepak / Struktur Liga Malaysia 2019

Struktur Liga Malaysia 2019

Bagi tahun 2019, kemeriahan Liga Malaysia bakal diteruskan lagi dengan pengekalan komponen liga yang sedia ada disamping penambahbaik dengan pengenalan liga-liga amatur.

Liga Super Malaysia dan Liga Premier masih menggunapakai format pertandingan yang sama dan bakal disaingi oleh 12 pasukan terbaik negara. Kedua-dua liga ini diklasifikasikan sebagai liga professional.

Selain liga professional, liga separuh professional yang dikenali sebagai Liga M3 bakal menyaksikan pertembungan 18 pasukan separuh professional terbaik negara.

Liga M4 merupakan liga yang dipertandingkan di peringkat negeri dan liga komuniti yang lebih kepada persaingan di tahap amatur dan merupakan salah satu proses pembangunan pasukan.