Home / Lain - Lain / Stadium ragbi pertama di Putrajaya

Stadium ragbi pertama di Putrajaya

Kerajaan meluluskan peruntukan RM17 juta kepada KBS untuk pembinaan Stadium Ragbi di Presint 14, Putrajaya yang dijangka akan mula dibina pada November 2019.

Mengikut perancangan stadium ini bakal dibina di Presint 14 Putrajaya dengan keluasan 16 ekar dengan skop pembinaan merangkumi dua buah padang ragbi yang mengikut spesifikasi pertandingan dan latihan, lampu limpah berkuasa 1,200 lux, bilik persalinan dan beberapa kemudahan lain.

Selain daripada itu, pasukan ragbi 7 Sebelah Wanita Kebangsaan juga akan ditempatkan dari Sistem Tier 4 ke Tier 3 dimana akan menerima elaun, latihan serta beberapa kemudahan atlet sepenuh masa.