Home / Lain - Lain / SPRM BEBASKAN DATUK ABU SAMAH SELEPAS 3 HARI REMAN

SPRM BEBASKAN DATUK ABU SAMAH SELEPAS 3 HARI REMAN

SPRM membebaskan Presiden Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia Datuk Abu Samah Abd Wahab.

Timbalan Ketua Pesuruhanjaya Operasi SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya membebaskan Datuk Abu Samah sehari lebih awal selepas berpuas hati dengan proses siasatan selama 3 hari.

Ketika ini SPRM menyiapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada pihak pendakwaraya.

Mahkamah Majistret Putrajaya sebelum ini membenarkan reman selama 4 hari selepas SPRM mengesyaki Datuk Abu Samah menyalahkan kuasa dalam persatuan sukan yang diterajuinya.

Pada perkembangan lain Naib Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Sill mengakui ada menghubungi Datuk Abu Samah selepas dibebaskan SPRM.