Home / Lain - Lain / Soman perlukan rakan pelatih yang sesuai

Soman perlukan rakan pelatih yang sesuai

Selepas meraih gangsa di arena sendiri pada temasya Sukan SEA 2017 atlet karate negara A.Somanroy kini mahu pencapaian lebih memberangsangkan di Filipina.

Cuma yang meresahhkan Soman adalah persiapan agak terganggu berikutan tiada rakan berlatih yang sesuai dengan ketinggiannya untuk latihan yang lebih kompetitif.

Soman mengakui dia memerlukan rakan berlatih yang mempunyai ketinggian yang sama atau pun lebih tinggi dan menganggap atlet dari Iran paling sesuai.

Ini kerana atlet yang berusia 21 tahun dari Negeri Sembilan menaruh harapan tinggi untuk meraih emas kategori Kumite Lelaki atas 85kg pada temasya dwitahunan itu.

“Buat masa sekarang saya hanya berlatih dengan rakan sepasukan yang sama tinggi dan lebih rendah dari saya. Saya memerlukan banyak rakan pelatih dari luar negara iaitu Iran sebelum ke temasya Sukan SEA dan saya berharap MSN dan MAKAF bersetuju untuk membawa rakan pelatih sebagai persediaan ke Sukan SEA”, ujarnya.

Jurulatih karate negara Ali Reza Souleymani menambah, “Soman sangat tinggi dan sekarang rakan berlatih dia rendah dan kita tak ada rakan pelatih yang sesuai dengannya, kita mengharap Soman dapat meraih emas”.

Karate menyumbangkan tujuh emas,dua perak dan 4 gangsa daripadan 16 acara yang dipertandingkan pada edisi Sukan SEA di Kuala Lumpur. Di Filipina skuad negara meletakkan sasaran membawa pulang empat emas menerusi acara Kata dan tiga acara Kumite