Home / Lain - Lain / Slot Sukan Olimpik Pandelela-Mun Yee belum terjamin

Slot Sukan Olimpik Pandelela-Mun Yee belum terjamin

Kesatuan Renang Amatur Malaysia mendedahkan tempat Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 belum terjamin walaupun telah meraih pingat perak pada Kejohanan Dunia di Korea Selatan.

Setiausaha Kehormatnya menjelaskan keputusan untuk membariskan atlet pada temasya tersebut terletak di tangan badan induk itu.

Pada Kejohanan Terjun Dunia FINA ke-18 di Gwangju, Korea Selatan gandingan Pandelela-Mun Yee meraih pingat perak acara 10 meter platform seirama.

Pandelela-Mun Yee mengumpul 312.72 mata untuk menamatkan saingan di tempat kedua di belakang gandingan China, Lu Wei-Zhang Jiaqi yang meraih emas selepas mengutip 345.24 mata.

Pingat gangsa diraih pasangan Amerika Syarikat, Samantha Bromberg-Katrina Young dengan mengutip 304.86 mata.

Ini adalah kali ketiga gandingan Pendelela-Mun Yee berjaya menjelmakan kilauan pingat buat skuad terjun negara pada kejohanan dunia selepas meraih gangsa pada edisi 2009 di Rom dan 2013 di Barcelona.