Home / Lain - Lain / SKUAD TERJUN NEGARA SAH BEBAS DARI NOVEL CORONAVIRUS

SKUAD TERJUN NEGARA SAH BEBAS DARI NOVEL CORONAVIRUS

Skuad terjun negara yang pulang ke tanahair daripada menjalani latihan di Chendu China semalam disahkan bebas dari sebarang jangkitan Novel Coronavirus.

Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) sendiri mengesahkan perkara itu dan semua penerjun sudah dihantar menjalani pemeriksaan lanjutan di Institut Sukan Negara (ISN).

Mereka akan hanya kembali ke China menyambung latihan sebaik sahaja keadaan di negara itu pulih sepenuhnya..

Lima penerjun yang tiba di tanahair semalam adalah Leong Mun Yee, Pandelela Rinong, Wendy Ng, Kimberly Bong dan Enrique Harold serta dua jurulatih kebangsaan.

Bagaimanapun juara dunia 2017  Cheong Jun Hoong masih lagi menjalani latihan bersama bekas jurulatih kebangsaan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata Jun Hoong masih belum tarikh sebenar beliau akan kembali ke Malaysia.

Difahamkan Jun Hoong masih mahu berada di sana kerana kawasan terkesan wabak itu jauh daripada lokasi dia berada justeru dia tidak terkesan.

Mengikut perancangan awal Pandelela dan Mun Yee akan kembali ke tanahair untuk memperbaharui visa pada 2 Februari diikuti Wendy, Kimberly dan Enrique pada 13 Februari manakala Jun Hoong akan kembali pada 14 March.

Penerjun negara dijaga dengan baik ketika berada di China dimana langkah-langkah pencegahan dilaksanakan dengan baik termasuk suhu badan mereka diperiksa setiap hari.

MSN turut menjelaskan penerjun negara akan menjalani latihan intensif di tanahair sehingga kejohanan terjun Grand Prix di Jerman pada 20 Februari dan Kejohanan Terjun Siri Dunia di Kanada pada 28 Februari.