Home / Lain - Lain / SKUAD TAEKWANDO KEMBALI KE GELANGGANG LATIHAN

SKUAD TAEKWANDO KEMBALI KE GELANGGANG LATIHAN

Selepas hampir lima bulan tidak dibenarkan berlatih secara kontak gara-gara pandemik Covid-19 skuad taekwando negara kembali ke gelanggang bagi menjalani latihan penuh seleras dengan pembukaan fasa 3 sektor sukan yang diumumkan jumaat lalu.

Kebenaran menjalani latihan secara kontak pastinya ditunggu-tunggu buat skuad taekwando negara selepas hanya menjalani latihan secara individu yang hanya tertumpu kepada aspek stamina dan fizikal.

Bagi jurulatih skuad taekwando Rusfedy Tokan Petrus negara latihan secara kontak dan sparring ini sangat penting kerana ia asas kepada latihan skuad tempur.

Tambah Rusfedy skuadnya kini sedang membuat persiapan rapi untuk melayakan diri ke temasya olimpik Jepun tahun hadapan.

Bagi atlet taekwando negara latihan sparring ini amat penting untuk mengembalikan prestasi yansg agak terjejas.

Walaupun tiada kejohanan mahupun pertandingan dalam masa terdekat.

Atlet taekwando negara mahu memastikan kecergasan mereka berada dalam tahap memberangsangkan dan maksimum.