Home / Lain - Lain / SKUAD RAGBI TERENGGANU TERIMA INSENTIF KERAJAAN NEGERI

SKUAD RAGBI TERENGGANU TERIMA INSENTIF KERAJAAN NEGERI

Kejayaan skuad ragbi Terengganu muncul juara Piala Agong 2019 telah menanti selama 37 tahun dirai dengan penyampaian insentif sebanyak RM150,000.00.

Penghargaan yang turut diberikan Kerajaan Negeri juga hasil kejayaan membanggakan dengan memenangi kejuaraan 7 sepasukan kebangsaan tahun lalu.

Majlis meraikan skuad ragbi Piala Agong dan 7 Sepasukan Kebangsaan dengan bergelar juara pada tahun 2019 diadakan di Kuala Terengganu.

Pencapaian meraih gelaran berganda itu memperkukuhkan Terengganu selaku kuasa besar sukan itu di negara ini.

Justeru kerajaan negeri akan terus membantu pasukan ragbi Terengganu demi mengekalkan rentak kecemerlangan dalam pertandingan akan datang.

Insentif RM150,000.00 ini turut dilihat sebagai pembakar semangat memburu satu lagi kejayaan pada Sukan Malaysia (SUKMA 2021).

Pasukan Terengganu menjuarai Piala Agong 2019 setelah menewaskan penyandang juara Sabah 26-24 pada aksi final di Stadium Universiti Putra Malaysia di Serdang.

Manakala aksi ragbi 7 sepasukan kebangsaan 2019 pula Terengganu muncul juara selepas menewaskan Kelantan 25-5 di Padang Ipoh, Perak.