Home / Hoki / SKUAD HOKI WANITA KEBANGSAAN BAKAL TERIMA SUNTIKAN KEPAKARAN EROPAH

SKUAD HOKI WANITA KEBANGSAAN BAKAL TERIMA SUNTIKAN KEPAKARAN EROPAH

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) masih berteka-teki mengenai 4 calon yang akan mengisi jawatan Ketua Jurulatih bagi pasukan wanita kebangsaan.

Namun berdasarkan perkembangan terkini 2 calon luar yang dinyatakan MHC berasal dari benua eropah lebih tepat lagi dari Belanda dan England.

Jawatan ketua jurulatih wanita yang ditinggalkan Muhamad Dharma Raj Abdullah sebelum ini diberi nafas baharu apabila skuad remaja dan senior disatukan dengan sasaran Sukan Asia 2026.

MHC sudah melakukan proses pemilihan sebelum ini telah menyenaraipendekkan 4 calon akhir terdiri daripada 2 jurulatih tempatan dan 2 jurulatih luar.

Memandangkan masing-masing turut memiliki kekuatan tersendiri MHC mengambil keputusan untuk mengadakan satu lagi sesi temuduga yang memerlukan setiap calon memperincikan perancangan 6 tahun dengan misi utama memenangi emas Sukan Asia 2026.

Dalam perkembangan lain MHC terus ceria menerima suntikan penajaan menerusi syarikat jualan langsung QNET berjumlah RM1.5juta untuk tempuh 3 tahun.