Home / Hoki / Skuad hoki negara tidak perlu cepat berpuas hati – Minarwan

Skuad hoki negara tidak perlu cepat berpuas hati – Minarwan

KUALA LUMPUR 15 May 2014. Mirnawan Nawawi. NSTP/Recopy

Skuad hoki kebangsaan diingatkan agar tidak terbawa-bawa dengan kejayaan menumpaskan pasukan ketujuh dunia Jerman 4-2 pada siri jelajah eropah baru-baru ini.Itulah nasihat yang diberikan lagenda hoki negara Datuk Minarwan Nawawi.

Katanya walaupun gembira dengan kemenangan tersebut namun apa yang penting adalah skuad negara mendapat pendedahan perlawanan antarabangsa berkualiti tinggi menjelang aksi kelayakan terakhir Olimpik Tokyo 2020 Oktober ini.

Jerman adalah salah satu kuasa Eropah yang akan dihadapi Malaysian Tigers dalam sembilan perlawanan di sana selain Sepanyol, Ireland, England, Belanda dan Belgium.

Ketua Jurulatih skuad hoki lelaki negara, Roelant Oltmans memuji anak buahnya dan gembira melihat peningkatan yang ditunjukkan Malaysian Tigers, sambil menambah pemainnya berjaya menyempurnakan peluang gol yang ada.

Malaysia akan meneruskan perlawanan ujian menentang Sepanyol (31 Julai) serta Belanda (6 dan 8 Ogos) sebelum bertemu Belgium pada 10 dan 12 Ogos ini.

Selepas perlawanan ujian tersebut, pasukan negara akan mengambil bahagian dalam kejohanan jemputan empat negara yang disertai tiga buah negara lagi iaitu, Sepanyol, Ireland dan England dari 1-4 Ogos di Barcelona, Sepanyol.

Jelajah Eropah itu merupakan sebahagian daripada program persediaan Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) untuk skuad negara menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada November.

Perlawanan yang melibatkan pasukan hoki kebangsaan :
26 Julai – Lawan Jerman di Krefeld
30 Julai – Lawan Sepanyol di Terrassa
1 Ogos – Lawan Sepanyol (Kejohanan Four Nations) di Terrassa
2 Ogos – Lawan Ireland (Kejohanan Four Nations) di Terrassa
4 Ogos – Lawan England (Kejohanan Four Nations) di Terrassa
6 Ogos – Lawan Belanda di Breda
8 Ogos – Lawan Belanda di Breda
9 Ogos – Lawan Belgium di Antwerp
12 Ogos- Lawan Belgium di Antwerp