Home / Lain - Lain / Skuad boling padang sasar dominasi pingat yang ditawarkan

Skuad boling padang sasar dominasi pingat yang ditawarkan

Kejayaan mengungguli tujuh dari lapan acara yang dipertandingkan pada temasya Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur menjadi dorongan buat skuad boling padang negara memastikan lima daripada enam pingat emas yang ditawarkan di Filipina menjadi milik Malaysia.

Cuma yang menjadi kebimbingan ialah venue pertandingan apabila tuan rumah dijangka menggunakan gelanggang rumput dan bukannya padang sintetik.

Menurut jurulatih Zuraidi Puteh informasi yang diperolehi mengenai venue gelanggang rumput di Filipina dijamin tepat. Ini bermakna skuad boling padang negara perlu mengatur strategi latihan berbeza memandangkan tiada lagi gelanggang rumput di Malaysia.

Disebalik perubahan gelanggang yang dilakukan tuan rumah Filipina, Malaysia bagaimana pun tetap turun dengan sasaran tinggi mahu menguasai lima acara daripada enam pingat emas yang ditawarkan.