Home / Lain - Lain / SKUAD BOLING PADANG KEBANGSAAN FOKUS UNTUK KEMBALIKAN PRESTAS

SKUAD BOLING PADANG KEBANGSAAN FOKUS UNTUK KEMBALIKAN PRESTAS

Skuad boling padang negara bersedia menyahut untuk mengembalikan kembali prestasi ke tahap maksimum selepas kembali berkampung di Bandar Sukan Bukit Jalil.

Perancang rapi telah diatur dengan program latihan menyeluruh dari aspek asas seperti sukan-sukan lain dengan menjangkakan aksi sulung di gelanggang yang bermula 13 Julai.

Kem boling padang ketika ini diperkuatkan dengan seramai 20 orang atlet yang melaporkan diri sejak Ahad lalu.

Buat permulaan pasukan berharap mereka akan melepasi ujian Covid-19 yang telah dilakukan terlebih dahulu sebelum meneruskan program lain.

Perancangan awal yang telah diatur berpusat di Bukit Kiara dilakukan dua sesi secara bergilir-gilir pagi dan petang dengan menumpukan secara individu terlebih dahulu.

Perkembangan terkini dalam kejohanan yang dihadapi tetapi pasukan negara sebenarnya mensasarkan kejuaraan dunia di Australia dijadualkan pada bulan ini yang bagaimanapun sudah ditunda ke tahun depan.