Home / Bola Sepak / Skuad B16 gagal ke pusingan akhir AFC di Bahrain

Skuad B16 gagal ke pusingan akhir AFC di Bahrain

Hasrat skuad B16 tahun kebangsaan untuk mengutip tiga mata penuh dalam aksi terakhir kumpulan J kelayakan AFC B16 tidak kesampaian apabila terikat 2-2 menentang Jepun.

Walaupun keputusan itu meletak skuad kendalian P.Maniam berada di kedudukan kedua ketiga ini peluang ke pusingan akhir AFC di Bahrain tahun hadapan sudah pun tertutup memandangkan Malaysia tidak berada dalam kelompok empat pasukan naib juara terbaik.

Perlawanan terakhir bagi kumpulan J itu berlangsung dalam cuaca panas di Stadium Vientiane Laos. Tiada jaringan mampu dicetak oleh kedua-dua pasukan pada babak pertama.

Aksi 45 minit babak kedua bertukar cemas apabila Malaysia bermain dengan 10 orang pemain akibat kad merah dan kesempatan itu membuka peluang buat pemain Jepun meletakkan Jepun di hadapan pada minit ke-63.

Walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain skuad kebangsaan berjaya bangkit mencetak dua gol menerusi Daniel Edzuan pada minit ke-73 dan 82.

Namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Jepun tampil menyamakan kedudukan 2-2 pada minit-minit akhir permain hasil tandukan Yamato Naito.