Home / Lain - Lain / Silat Sukan SEA 2019 Filipina tanpa kelibat juara dunia

Silat Sukan SEA 2019 Filipina tanpa kelibat juara dunia

Aksi pesilat negara Mohd Al Jufferi Jamari (merah) ketika temasya Sukan Sea Kuala Lumpur yang lalu. Gambar oleh Arep Kulal © Team MAS

Skuad silat negara akan bawa cabaran ke Sukan SEA Filipina penghujung tahun ini tanpa dua jaguhnya Mohd. Al Jufferi Jamari dan Siti Rahmah Mohamed Nasir

Ini selepas kategori yang melibatkan dua juara dunia itu tidak dipertandingkan oleh penganjur.

Bagaimanapun Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia akui tidak terlalu bimbang dengan situasi itu. Setiausaha Agongnya Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin berkata ia akan membuka peluang buat pesilat lain untuk menyerlah.

Mohd. Al Jufferi Jamari terlepas hukuman ekoran tindakan meninggalkan gelanggang lebih awal, selain melepaskan kemarahan dengan menumbuk dinding penghadang sehingga berlubang sejurus tamat pertarungan kontroversi kelas E (65-70 kilogram) pada Sukan Asia 2018 di Indonesia.

Siti Rahmah Mohamed Nasir telah menimbang semula hasratnya untuk bersara ekoran kegagalan memenangi pingat emas Sukan Asia Jakarta-Palembang merupakan juara dunia tiga kali (2012, 2015 dan 2016).

Kontraknya bersama ISN (Institut Sukan Negara) masih ada sehingga Disember 2019 dan beliau tetap akan menabur bakti buat negara Jika ISN dan PESAKA (Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia) masih memerlukan khidmatnya.