Home / Bola Sepak / SEPAK MULA LIGA MALAYSIA 2020 DIMULAI DENGAN PERTEMBUNGAN JDT MENENTANG KEDAH MEREBUT PIALA SUMBANGSIH

SEPAK MULA LIGA MALAYSIA 2020 DIMULAI DENGAN PERTEMBUNGAN JDT MENENTANG KEDAH MEREBUT PIALA SUMBANGSIH

Pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) menetang Kedah esok merupakan hari yang ditunggu-tunggu peminat arena bola sepak tempatan menandakan bermulanya Liga Malaysia secara rasmi.

Ianya juga menawarkan trofi sulung iaitu Piala Sumbangsih daripada 6 kejuaraan utama yang ditawarkan kepada pasukan tempatan yang bertanding sepanjang tahun.

Setelah empat bulan menunggu peminat bola sepak negara bakal kembali bersorak apabila Liga Malaysia akhirnya membuka tirai bagi era 2020.

Persaingan antara negeri dan kelab tidak lain dan tidak bukan bagi memburu trofi yang dipertandingkan iaitu Piala Sumbangsih, Liga Super dan Liga Perdana, Piala FA, Piala Malaysia serta Piala Cabaran menyaksikan semua pasukan mengimpikan untuk menang.

Berdasarkan prestasi dan status selaku juara bertahan skuad JDT dilihat mampu membuat Piala Sumbangsih kekal di selatan tanahair.

Namun setiap pemain JDT perlu berwaspada dalam aksi malam esok memandangkan Kedah antara pasukan yang terbaik di Malaysia.

Jurulatih JDT Benjamin Mora tidak mahu anak-anak buahnya menidakkan kemampuan Kedah dalam keghairahan meraih kemenangan.

Pengendali skuad Lang Merah Aidil Sahrin Sahak pula optimis pasukannya akan memberikan aksi terbaik dan pada waktu yang sama pemain perlu sentiasa fokus dan bekerja keras bagi menghadapi lawan yang pastinya memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.

Perlawanan Piala Sumbangsih malam esok akan berlangsung di gelanggang baru JDT Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri yang mampu memuatkan seramai 40,000 penonton.