Home / Bola Sepak / Selepas Sumareh, giliran Lee Tuck dan Liridon bakal dilamar FAM

Selepas Sumareh, giliran Lee Tuck dan Liridon bakal dilamar FAM

KUALA LUMPUR : Penampilan cemerlang pemain naturalisasi negara Mohamadou Sumareh bersama Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF yang berakhir baru-baru ini membuatkan terus mengorak langkah mengambil inisiatif untuk terus memantapkan lagi pasukan kebangsaan.

Lee Tuck dan Liridon Krasniqi berminat dan teruja jika diberi peluang untuk menyarung jersi kebangsaan andai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu mendaftarkan mereka sebagai pemain tempatan.

Lee Tuck sebagai contohnya mula beraksi dalam kancah bolasepak tempatan dengan mewakili Negeri Sembilan pada 2016 sebelum menyertai Terengganu. Sebelum itu beliau pernah beraksi bersama Kelab Bangkok FC dan Nakhoin Rachasima di Thailand.

“Saya pasti akan menerima tawaran (FAM) seperti Sumareh.Dia beraksi baik bersama skuad kebangsaan dan ia pasti sesuatu yang menarik jika saya dapat mengikuti jejak langkahnua,” katanya.

Di atas kertas Tuck tidak berdepan banyak masalah untuk mendapatkan taraf kerakyatan dan didaftarkan sebagai pemain tempatan kerana memiliki pertalian darah apabila neneknya berasal dari Malaysia.

Berbanding dengan Liridon yang mula mewakili Kedah sejak 2015 tidak dapat memenuhi tuntutan undang-undang FIFA melainkan terdapat pasukan dalam Liga Malaysia menandatangani beliau untuk musim 2019.

Hal ini kerana, mengikut peraturan badan induk bola sepak dunia, FIFA, seseorang mestilah tinggal di negara tersebut sekurang-kurangnya lima tahun selepas mencapai umur 18 tahun dan tidak bermain mewakili mana-mana negara lain.

“Buat masa sekarang Krasniqi berstatus tidak layak dinaturalisasi tetapi jika dia bermain dalam Liga-M untuk semusim lagi berkemungkinan beliau layak,” kata Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff yang ditugaskan untuk menyenaraikan pemain asing berkualiti untuk menguatkan pasukan Harimau Malaya.

Kehadiran samada Lee Tuck atau Liridon Krasniqi diharapkan dapat menguatkan lagi skuad Harimau Malaya.

Hal ini diperlukan FAM untuk memastikan Malaysia dapat bersaing dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dan juga Piala Asia 2023 yang dijangka bermula pada tahun hadapan.