Home / Lain - Lain / Selangor terus kukuhkan kedudukan liga

Selangor terus kukuhkan kedudukan liga

Selangor terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas liga selepas mencatat kemenangan ke-11 apabila menundukkan KL City dengan kemenangan 6-3.

Selangor bermula garang dengan gol pembukaan seawal minit kedua menerusi Akmal Yazat Amri.

Bagai mana pun kedudukan kembali seimbang selepas Al Haziq Adnan menyamakan kedudukan pada minit ke-16.

Bersambung selepas rehat Selangor mula mempamerkan kebangkitan menerusi dua gol jaringan Fariz Johan dan Syed Aizat Danial pada minit ke-27.

Diikuti gol keempat pasukan hasil sentuhan Farid Mohamad seminit berselang sebelum Ridzuan Zainal menjadi kedudukan 5-1 pada minit ke-30.

KL cuba bangkit menerusi jaringan Adam Shahmil Rosli pada minit ke-31 namun dibalas Selangor dengan gol keenam hasil sentuhan Fariz pada minit ke-38.

Walaupun KL berjaya menambah satu lagi gol menerusi Haziq di penghujung permainan namun agak terlambat untuk menyekat kemenangan 6-3 Selangor.

Keputusan lain menyaksikan Kuala Lumpur menewaskan Kedah 5-4 sementara Terengganu mengikat Pahang dengan keputusan 5-5.