Home / Bola Sepak / Selangor Terselamat

Selangor Terselamat

pm1

Shah Alam, 3 September 2014 : Pasukan Gergasi Merah, Selangor terselamat daripada tersingkir awal dalam kempen Piala Malaysia 2014 apabila menang tipis 1-0 ke atas T-Team hasil jaringan Paolo Rangel pada minit ke 26. Selangor terdesak memerlukan kemenangan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan ini untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

pm3

Selangor bermula garang pada separuh masa pertama namun kecederaan yang dialami oleh Andik Vermansyah membantutkan serangan Selangor. T-Team juga bermain dengan baik walaupun perlawanan terakhir peringkat kumpulan ini sekadar pelengkap jadual mereka pada tahun ini. Selangor juga patut berterima kasih kepada penjaga golnya Farizal Marlias yang banyak menyelamatkan pintu gol Selangor.

Kemenangan ini menempatkan Selangor selaku naib johan kumpulan D yang akan bertemu Johan Kumpulan A iaitu Felda United pada bulan pertengahan bulan Oktober nanti.

Gambar Oleh : Radi Mohamad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*