Home / Bola Sepak / Selangor sekadar seri bertemu PDRM FC

Selangor sekadar seri bertemu PDRM FC

18 OGOS 2019, SHAH ALAM : Selangor gagal memperolehi kemenangan dalam perlawanan menentang PDRM apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam perlawanan Piala Malaysia bagi kumpulan D yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Selangor terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Sandro Da Silva hasil rembatan kencang dari luar kotak penalti hasil hantaran Kyril Muhaymin pada minit ke-54 perlawanan.

PDRM hanya mengambil masa enam minit kemudian untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan cantik Argzim Redzovic menerusi sepakan percuma di luar kotak penalti Selangor.

Selepas tiga perlawanan, Selangor menduduki tangga kedua kumpulan D di belakang Melaka yang mencatatkan kemenangan menentang FELDA United. Selangor mengutip 5 mata hasil satu kemenangan dan dua seri.

Sementara itu bagi aksi kumpulan B, PJ City FC mencatatkan kemenangan menentang UiTM FC dengan jaringan 1-0.

Gol tunggal kemenangan PJ City FC dicetak oleh Pedro Henrique Cortes pada minit ke-29 perlawanan.

PJ City FC turut menduduki tangga kedua bagi kumpulan B dengan mengumpul 6 mata hasil dari dua kemenangan dan satu kalah.