Home / Bola Sepak / Selangor Kekalkan Rentak Kemenangan

Selangor Kekalkan Rentak Kemenangan

Selvs Swk3

Shah Alam, 14 Mac 2015 : Red Giant mengekalkan rentak kemenangan kedua di Stadium Shah Alam dengan membenam Sarawak 2-0. Afiq Azmi sekali lagi menaikan semangat rakan sepasukan apabila menjaringkan gol pertama Selangor dengan tandukan di dalam kotak penalti. Sarawak juga berusaha keras menggandakan asakan dengan beberapa hasil gerakan penyerang import kembar meraka Ryan Griffiths dan Billy Mehmet, namun tandukan Ryan Griffiths yang telah menewaskan penjaga gol Selangor Mohd Syamim Othman tidak dikira kerana penyerang Sarawak itu terlebih dahulu di kesan mengasari pemain pertahanan Selangor Azrif Nasrulhaq.

Selvs Swk2

Pada babak kedua Selangor menambah jaringan menerusi Mohd Fitri Shazwan yang menghukum kesilapan pertahanan Sarawak yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan luar kotak penalti. Mohd Fitri Shazwan yang sebelum ini menggantikan Andik Vermansyah yang cedera dilewat separuh masa pertama. Kemenangan ini merupakan kemenangan kedua Selangor di laman sendiri selepas menewaskan PDRM minggu lepas.

 

Gambar Oleh : Aqil Shatir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*