Home / Lain - Lain / SEKTOR SUKAN DAN REKREASI KEMBALI BEROPERASI JANUARI 2021

SEKTOR SUKAN DAN REKREASI KEMBALI BEROPERASI JANUARI 2021

Bermula 1 Januari 2021 penganjuran sukan tempatan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibenarkan.

Malah penyokong turut dibenarkan ke stadium dengan 10% penonton daripada kapasiti stadium dan maksimum ialah 4000 penonton namun hanya bagi kawasan PKPP sahaja.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob nyata memberi sinat buat industri sukan bola sepak negara selepas saingan Piala Malaysia menjadi penganjuran terakhir dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.

Kejohanan tempatan bertaraf antarabangsa atau atlet kebangsaan yang memerlukan perjalanan merentas sempadan negara perlu dahulu mendapatkan kebenaran daripada pihak Imigresen Malaysia.

Manakala sukan bersentuhan atau Combat Sport dibenarkan juga untuk dianjurkan dengan syarat sebelum tarikh kejohanan tempat perlu melakukan ujian swab dan jika negatif atlet dibenarkan bertanding.